Sunday 30 July 2017

Definisi Rekreasi

Rekreasi ini di definasikan kepada aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan .

Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :

i) Rekreasi dalam (in-door)-
   aktiviti yang dilakukan di dalam sesuatu tempat
   yang tidak terdedah kepada cahaya.
contoh : badminton, squash, boling


ii) Rekreasi luar (out-door)-
     aktiviti luar di mana aktiviti tersebut dijalankan
     di luar dan terdedah kepada cahaya matahari.
     contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan




Jenis-Jenis Rekreasi

JENIS-JENIS REKREASI
DEFINISI
CONTOH
Rekreasi Mental / Linguistik
Aktiviti rekreasi yang memerlukan keupayaan mental dan minda serta fokus
Memanah, debat, pidato
Rekreasi Fizikal
Aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang individu tersebut.
Berbasikal, berjoging
Rekreasi Sukan
Aktiviti yang memerlukan beberapa buah pasukan untuk bermain.
Bola sepak, Bola jaring, Bola tampar
Bola keranjang

Gerak tari
Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti kaki, tangan, kepala anggota badan yang lain
Yoga,
tai chi
Drama
Aktiviti ini memerlukan kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut.
teater
Rekreasi Sosial
Aktiviti rekreasi ini memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan dalam kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Sukan rakyat, Sukaneka
Rekreasi Terapuetik

Muzik, senamrobik

No comments:

Post a Comment