Asas Perkhemahan


Pengenalan

Perkara paling asas dalam rekreasi luar ini ialah perkhemahan. Khemah atau juga dengan maksud lain adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas.


Jenis-Jenis Khemah iaitu :

  • A Shape

  • Doom
  • Igloo




Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan untuk keselamatan :

  1. Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk elakkan dari sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih)
  2. Jarak mestilah 3meter & mempunyai laluan diantara khemah-khemah.
  3. Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan.
  4. Pastikan Khemah : 
    • Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar ( jika tiada pilihan mestilah mengelak daripada mendirikan khemah pada pokok yang condong, sebalik nye dirilah khemah pada berlawanan arah condong ).
    • Tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, & berbatu.   
    • Tidak didirikan dilaluan air, binatang(denai), ataupun manusia.
  5. Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan perjalanan keluar dari khemah.
  6. Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di belakang khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat menjaga jangkamasa khemah)
  7. Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan.
  8. Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat.
  9. Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah (supaya percikkan api tidak sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah).
  10. Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasek.
  11. Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100meter dari kawasan perkhemahan.
    • Cara nak melabuh ialah korek - melabuh - bubuh pancang sebagai tanda. (untuk mengelakkan daripada ahli lain terkorek tempat yang telah dilabuh)
    • Kedalaman korek mestilah 2kaki.
  12. Tempat sampah
    • Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan perkhemahan.
  13. Adakah senaman sebelum memulakan aktiviti.
  14. Rehat & tidur mestilah cukup.

Etika Perkhemahan :

  1. Jangan buat kekotoran.
  2. Jangan rosakkan alam semulajadi.
  3. Menghormati adat resam orang tempatan.
  4. Awasi penggunaan api.
  5. Elak daripada bercakap besar.

Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan :

  1. Bag
    • Bag 60L atau 90L
    • Khemah
    • Porch Bag
  2. Pakaian
    • Pakaian Bersih 1 atau 2 
      • Baju 
      • Seluar
      • Slipper
      • Tuala
      • Selimut
    • Pakaian Aktiviti 1 (yang dipakai semasa perjalanan dari awal hingga akhir aktiviti)
      • Baju T-shirt
      • Seluar Banyak Poket untuk mudah menyimpan barang.
      • Topi
      • Stoken
      • Stoken Pacat
      • Kasut (kasut mestilah boots yang menutupi buku lali kaki, ini bertujuan menyelakkan serangan binatang pada bahagian kaki)
      • Glove
  3. Memasak
    • Gas
    • Mess Tin
    • Mancis (ia juga boleh menjadi penawar bisa sementara dengan cara menyalakan mancis pada kawasan bisa)
    • Solid Fuel
    • Biji kelapa Sawit (jika melalui kawasan kelapa sawit, boleh jadi minyak untuk memasak)
    • Water Container
  4. Makanan
    • Biskut Kering
    • Beras (setiap plastik mesti telah disukat untuk 1hari, kalau 3hari berkhemah maka 3plastik perlu disukar awal-awal)
    • Makanan Bertin (Laici, Nenas, Sardin, Kari Ayam, dan Lain-lain)
  5. Peralatan Rescue
    • Tool Box First Aids
    • Torchlight
    • Lilin
    • Masking Tape
    • Black Tape
    • Pisau
    • Whistle
    • Tali 5meter keatas

9 comments: