Pengenalan

Rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan pada masa lapang yang di pilih oleh individu atau kumpulan tanpa perlu memikirkan tentang masalah di tempat kerja mahupun dirumah. Rekreasi juga melakukan aktiviti yang berfaedah dari segi kecergasan mental dan fizikal disamping itu dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda. Ia juga mempunyai nilai murni dan jasmani. Rekreasi ini dapat membina keseronokan dan kepuasan. Rekreasi juga merupakan aktiviti riadah dimana tujuan utamanya tidak lain tidak bukan adalah untuk merehatkan minda. 

Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :

i) Rekreasi dalam (in-door)-
   aktiviti yang dilakukan di dalam sesuatu tempat
   yang tidak terdedah kepada cahaya.
contoh : badminton, squash, boling


ii) Rekreasi luar (out-door)-
     aktiviti luar di mana aktiviti tersebut dijalankan
     di luar dan terdedah kepada cahaya matahari.
     contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan




Jenis-Jenis Rekreasi

JENIS-JENIS REKREASI
DEFINISI
CONTOH
Rekreasi Mental / Linguistik
Aktiviti rekreasi yang memerlukan keupayaan mental dan minda serta fokus
Memanah, debat, pidato
Rekreasi Fizikal
Aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang individu tersebut.
Berbasikal, berjoging
Rekreasi Sukan
Aktiviti yang memerlukan beberapa buah pasukan untuk bermain.
Bola sepak, Bola jaring, Bola tampar
Bola keranjang

Gerak tari
Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti kaki, tangan, kepala anggota badan yang lain
Yoga,
tai chi
Drama
Aktiviti ini memerlukan kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut.
teater
Rekreasi Sosial
Aktiviti rekreasi ini memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan dalam kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Sukan rakyat, Sukaneka
Rekreasi Terapuetik

Muzik, senamrobik

3 comments:

  1. Kalau indoor ada 3 nk contoh 5

    ReplyDelete
  2. Can you help me, can you handle 5 indoor activities

    ReplyDelete
  3. Terima kasih nota yang ringkas mudah faham dan jelas.

    ReplyDelete